Sejarah SKTAI


SKTAI


Ditubuhkan pada tahun 1955 di atas sebidang tanah kerajaan lebih kurang 1 kilometer dari bandar Kuala Berang. Dikenali dengan nama Tengku Ampuan Intan School (TAIS) mengambil nama sempena nama permaisuri Sultan Terengganu Almarhum Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Sultan Terengganu yang ke lima belas.






Gabungan sekolah Menengah dan rendah di bawah kelolaan seorang guru besar iaitu En. Talha bin Abdul Rahman dari tahun 1955 sehingga 1957. Menggunakan bahasa pengantar Bahasa Inggeris. Pada tahun 1970, Bahasa Pengantar ditukar kepada Bahasa Melayu sehingga sekarang.






Pertambahan bilangan pelajar memaksa ianya dipindahkan ke tapak sekarang pada tahun 1970 dan ditukar nama menjadi Sekolah Rendah Tengku Ampuan Intan.




Kini, sekolah kami telah ditukarkan menjadi Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, dan telah berjaya dikategorikan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan dengan bidang kebitaraan Hoki, Kawad Kaki dan Okestra.