SK TENGKU AMPUAN INTAN
(SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI)
MISI :
Pendidik Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
VISI :
Melestarikan Sistem Pendidikan Untuk Membangun Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
SLOGAN :
SKTAI Sentiasa Cemerlang.
LENCANA SEKOLAH
Bentuk lencana ini berasaskan bulatan yang digubah secara gometrik. Ukuran sebenarnya adalah bergaris pusat 2.5cm dibuat daripada besi .Terdapat juga lencana kain yang berukuran 4cm.
Bulatan biru melambangkan kebulatan tekad dalam menimba ilmu.Roda warna kuning,melambangkan usaha pendidikan yang berterusan dan menyeluruh meliputi semua bidang sains dan teknologi.
Buku dalam bualatan biru membawa maksud ilmu yang harus ditimba di sekolah ini bersesuaian dengan cogan kata sekolah 'llmu Suluh Jiwa'. Tiga cantuman bulatan biru pula bererti kegiatan ko-kurikulum penting dalam pembentukan sahsiah murid.Warna hijau melambangkan kepatuhan kepada Tuhan. Nama sekolah tercatat di dalamnya manakala cogan kata sekolah 'Ilmu Suluh Jiwa' di tulis di bahagian bawah yang menjadi matlamat murid belajar di sekolah ini.
BENDERA SEKOLAH
Jaluran Jingga ( Teras )
Pendidikan berteraskan falsafah pendidikan negara
Jaluran Yang Seimbang:
Pendidikan yang bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
Kuning:
Warna DiRaja sempena dengan nama Tengku Ampuan Intan
Biru:
Proses menitis ilmu dijalankan dalam suasana sekolah yang harmoni
Jingga:
Warna daerah Hulu Terengganu yang menunjukkan lokasi sekolah
LAGU SEKOLAH
SKTAI
Mendidik dan membimbing kami
Menjadi insan
Yang mulia dan berguna
Ilmu suluh jiwa
Itulah tekad semua
Ikhlas membantu
Sumbangan dari guru
c/o Riang belajar
Bersama rakan-rakan semua
Berganding bahu, supaya sama maju
Taat dan setia
Seia dan sekata
Rela berkorban
Menghadapi cabaran
S.. K.. T.. A.. I..